Peringatan! Usus Perempuan Ini Hancur Gara-gara Konsumsi Teh Pelangsing - Begini beritanya....

Big Ad

Peringatan! Usus Perempuan Ini Hancur Gara-gara Konsumsi Teh Pelangsing


Keinginan untuk kurus cepat bukanlah satu kesalahan. Tapi akibatnya boleh membawa maut jika kita ambil jalan pintas untuk menelan ubat kurus atau ubat pelangsing badan sebarangan yang tidak diluluskan.

Inilah yang telah terjadi kepada Ida, seorang wanita yang kini terlantar di katil hospital dan dipasang dengan mesin sokongan hidup.
Kisahnya viral selepas video dan gambarnya dimuat naik oleh azriel ariel di Facebook Oktober tahun lepas.

Ubat kurus tidak selamat dan merupakan jalan pintas. Berhati-hati apabila ibu ingin kurus terutamanya selepas bersalin.

Jangan ambil sebarang ubat pelangsing badan/teh diet tanpa menyemak dulu kalau produk itu didaftar, selamat ataupun tidak kerana ia boleh merbahayakan.

Akibat mengambil teh diet sebarangan, Ida telah mengalami komplikasi abdomen yang merebak ke usus sehingga ia hancur.

Doktor berkata Ida tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi, dan keluarganya telah menandatangani kelulusan untuk mematikan mesin sokongan hayat.

Selepas beberapa jam, Ida telah meninggalkan dunia secara senyap-senyap.

Theasianparent Indonesia menghubungi Meutia Faradilla, M.Si., apt., seorang profesor farmasi di Universiti Syiahkuala.

Inilah jawabannya mengenai isu pil pelangsing, ubat kurus atau teh diet yang dimakan oleh Ida dalam video dan gambar yang telah viral itu.
  • Teh pelangsing bertindak sebagai julap atau ubat pencuci perut yang membantu mengosongkan kandungan usus, dan perut akan rasa kosong untuk lebih lama (terasa seperti perut rata).

Berlangganan update artikel terbaru via email:

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel